Surah Al Baqarah : Ayat 1-5
MAKSUD :
1.
Alif, Laam, Miim.
2.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang
(hendak) bertaqwa;
3.
Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4.
Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang
diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5.
Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang Yang berjaya.
HURAIAN :
1. Pada permulaan Surah Al Baqarah ini, Allah memberitahu ciri-ciri dan cara-cara untuk menjadi seorang yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat. Satu-persatu Allah tunjukkan kepada manusia agar sentiasa berada pada jalan yang lurus dan tidak terkeluar ke arah simpang kesesatan. Moga Allah memberkati kita.
2. Ciri-ciri orang bertaqwa :
- Beriman (percaya sepenuhnya) kepada kepada perkara ghaib ; iaitu perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seperti jin, syaitan, syurga dan neraka.
- Mendirikan sembahyang lima kali sehari ; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya
- Menderma ; membelanjakan sebahagian rezeki kita yang halal pada jalan Allah.
- Beriman (percaya sepenuhnya) kepada Al Quran, serta tiga kitab lain iaitu Taurat, Zabur dan Injil. Walaubagaimanapun, banyak kitab-kitab terdahulu ini telah diubahsuai oleh manusia sendiri mengikut nafsu. Hanya Al Quran masih terpelihara keasliannya sehingga Hari Kiamat.
- Beriman (percaya sepenuhnya) kepada Hari Akhirat ; iaitu hari pembalasan untuk umat manusia.
3. Ingatlah! Sesiapa yang melakukan lima perkara ini, Insyallah mereka akan sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah. Inilah kata-kata Allah yang pasti benar dan tepat!


